Tinggalkan alamat rumah anda....

Friday, April 10, 2009

Lirik Lagu Aduhai Saleha...??

erm......
bosan plak mlm nie....
tgh x wat pape nie tringat kat plak kat blog baru lahir nie...
nk cite...td tgh lepak2 kat forum.....
ada le member yg bukak thread....
tajuk threadnya " Rahsia Yang Tersirat Di Sebalik Lagu Nie..Hayatilah..."
igt gimik apa le plak memalam buta nie....(pdahal mmg lagu paberet zaman kgemilangan raja SMS dlu nie...hehe)
bile bca2.....
baru le tau....yg lagu tu ada maksud tersirat....
patut bile dengar rasa syahdu je....hehe....
kat bwah ni zeal kongsikan apa yg TT post kat thread tue....



Lagu : Aduh Saleha
Penyanyi : Mawi

Komposer : M. Nasir

Penulis Lirik : Rosli Khamis


ADUH SALEHA
// Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah

Mana rayuanku hendak ku sampaikan
// Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat
rindu berahiku pada kasih yang jauh
// Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya
jauh bukan jarak dan tempat
// bukan jauh jarak atau di mana aku berada
jauh nama dan pangkat
// tapi jauh dari segi amalan ku dan kedudukanku di sisi-Nya

Mana penggantimu hendak ku dakapkan
// Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung
dendam asmaraku pada cinta yang luruh
// Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad
luruh bukan daun dan bunga
// Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit
luruh jiwa dan badan
// tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad

Bertahun ku sandar percaya
// Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya

(adakah ia hanya disandar bukan dikandar?)
tak mungkin padam cahaya
// dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya
cintamu bagai rembulan
// Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada
hilang dipandangan
kala langit dilindung awan
// Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)

Aduh mahkota terhempas
// Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa
, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiat dan hedoisme berleluasa)
barulah ku sedar,
yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca
// Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya

Sesudah berdarah
barulah ku sedar
// Apabila mengal amin ya sendiri dan mendapat bala/musibah baru kita tersedar dari angan
jiwa ku tercalar ohhh.. sakitnya
bukan kepalang
// Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman

Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saliha
// Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?) Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saliha
// Kita sudah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh
kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saliha
// Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri
ohh......... saliha
// Tolonglah aku orang-orang yang soleh
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat penulis lirik ini, Rosli Khamis atau Loloq.
Semoga rohnya dirahmati dan diberkati-Nya.

Nota :


Kesedaran yang digambarkan ini mungkin kita akan sedari satu waktu nanti.

Mungkin kita sedari bila kita kurang kuasa (sudah tua) atau tiada kuasa
( sudah tiada).

pergh....
mendalam gak maksud tuh...
huhu...
slama nie anggap lagu jiwang so men dengar je le....
pape pun moh kite sedekah kan al-Fatihah kpd penulis lirik nie....
semoga rohnya dicucuri rahmat....
al-Fatihah.........

credit : www.ehoza.com

2 comments:

::ainbutterfly~ said...

erm...betoi ke ni?sgt mendalam maksudnye..

zeal_tech said...

huhu....
ntah....
x tau samada betul...
@ ada yg reka maksud trsirat len...
tp pape pun...
mmg x sangka boleh dtapsirkan sbegini rupe...
muhaha...

 

Ehoza.com